Tampilkan postingan dengan label Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern. Tampilkan semua postingan

Minggu, 23 Juli 2017

HUKUM MENGINGKARI IMAM MAHDI







Ingkarkan Imam Mahdi di sini ada dua bentuk yang utama. Yang pertama ialah ingkarkan hadis-hadis yang bersangkut dengan Imam Mahdi dan yang kedua ialah ingkarkan kedatangan seseorang yang dipanggil sebagai Imam Mahdi ke dunia ini. Ada orang yang ingkarkan salah satu daripadanya dan ada pula yang ingkarkan kedua-duanya sekali. Huraian bagi hal ini sudah pun dibentangkan dalam bab terdahulu.

Imam Ibnu Hajar al-Haitami dalam kitabnya Al-Qaulul Muhtasar Fi Alamatil Mahdiyul Muntazarada meriwayatkan sebuah hadis yang diambilnya daripada riwayat Abu Bakar al-Iskafi dalam kitabnya Fawa’idul Akhbar, yang terjemahannya berbunyi kira-kira begini;

Sabda Rasulullah SAW,


Sesiapa yang mendustakan kedatangan Dajjal, maka kafirlah dia, dan sesiapa yang mendustakan kedatangan al-Mahdi, maka kafirlah dia.”       (Abu Bakar al-Iskafi)

Hadis ini tidak pula menghukumkan secara qat’ie orang yang menolak kemunculan Imam Mahdi. Dapat difahamkan di sini bahwa kafir yang disebutkan dalam hadis itu berarti ingkar, yakni ingkar kepada hadis-hadis yang menyebutkan kedatangan Imam Mahdi itu, bukan kafir secara mutlak. Kafir secara mutlak hanya boleh dihukumkan kepada seseorang atas penolakannya pada perkara yang jelas hukumnya dalam Islam, bukan pada perkara furuk seperti Imam Mahdi ini. Jadi, hukum daripada hadis ini tidak salah, yang salah ialah kefahaman kita sahaja karena tidak faham maksud sebenar hadis itu. Kefahaman kita sebenarnya yang dangkal, bukan matan hadis itu yang syaz.

Maka tidak patutlah kita lekas-lekas menghukum orang yang tidak mempercayai kemunculan Imam Mahdi sebagai kafir dan keluar dari Islam, hanya semata-mata berdasarkan hukum zahir daripada hadis yang diberikan di atas. Juga, jika tidak percaya akan kemunculan Imam Mahdi, tidak patut pula kita lekas-lekas menolak terus hadis di atas dengan menyatakannya sebagai dhaif atau berkemungkinan bertaraf mauduk. Jangan pula kita katakan hadis itu sengaja dibuat-buat atau direka-reka karena ‘dilihat’ menyalahi kaedah umum usul fiqh.

Menurut Ibnu Khaldun pula, hadis tersebut dikatakan palsu karena dikatakan periwayat hadisnya adalah seorang pemalsu hadis. Karena alasan yang satu itu, beliau menolak terus konsep Imam Mahdi.

Dalam kitab Al-Mahdiyul Muntazar, yang dikarang oleh Grand Muhaddis Abil Fadhal Syeikh Abdullah bin Sadek, Ph.D., disebutkan (terjemahannya) kira-kira begini;

Adalah dusta sesiapa yang mendakwa dirinya Imam Mahdi, berdosa sesiapa yang mengaku dan membenarkannya, sedang dia itu sunyi daripada sifat-sifat dan ternafi daripada alamat-alamat.
Artinya orang yang mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi sedangkan dia tidak memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh hadis-hadis bolehlah dihukumkan berdosa karena dia itu berdusta. Dia juga telah melanggar hadis-hadis Nabi SAW, sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja. Hanya itu sahaja hukum yang dapat ‘dijatuhkan’ kepada orang yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi. Tidak lebih dan tidak kurang.

RUSAKKAH AKIDAH JIKA UMAT ISLAM MENETAPKAN SESEORANG SEBAGAI BAKAL IMAM MAHDI





Timbul pula satu persoalan baru. Apakah benar, mempercayai munculnya Imam Mahdi serta menentukan seseorang itu sebagai bakal Imam Mahdi termasuk dalam soal akidah dan boleh merusakkan akidah?

Maksudnya, adakah akan benar-benar rusak akidah seseorang jika dia mempercayai dan menetapkan seseorang sebagai bakal Imam Mahdi? Apakah rusak juga akidah seseorang jika dia tidak mempercayai dan tidak menetapkan seseorang itu sebagai bakal Imam Mahdi?
Sebenarnya, persoalan mempercayai kemunculan Imam Mahdi telah menimbulkan polemik yang sangat ketara, berkepanjangan dan tidak mempunyai hujungnya. Di kalangan ulama Ahlus Sunnah sendiri, ada yang mempercayai kemunculan Imam Mahdi, ada yang menolak terus dan ada pula yang mengambil jalan tengah (tawaquf) dan ada pula yang tidak mempedulikan langsung soal ini.

Ada pula sebilangan ulama yang berselisih dalam menetapkan siapakah Imam Mahdi itu sendiri. Maknanya, mereka telah pun menetapkan pribadi Imam Mahdi itu sendiri yang dinyatakan secara jelas dan berani. Dan mereka yang menetapkan hal ini bukanlah pula calang-calang ulama!

Di kalangan ulama Syiah pula, ada yang secara terus-terang menetapkan kepribadian Imam Mahdi itu. Adalah suatu kenyataan bahwa mempercayai Imam Mahdi adalah salah satu daripada rukun iman bagi mereka. Sungguh pun begitu, mereka juga berselisih pendapat dalam menentukan siapa dia Imam Mahdi itu. Ada yang menyatakan Imam Mahdi itu:

1.Adalah Imam Muhammad Al-Baqir, Imam Kelima mereka,
2.Ada yang mengatakan Imam Mahdi itu adalah Imam Ismail bin Jaafar Sadiq (bagi firqah Ismailiyah),
3.Bagi firqah Kaisaniyah pula, mereka meyakini Muhammad bin Ali al-Hanafiyah adalah Imam Mahdi,
4.Dan bagi firqah Imamiah Isna Asyariyah pula, mereka  menyatakan Imam Mahdi itu adalah Imam Muhammad bin Al-Hasan Al-Askari.

Malah ada di kalangan mereka yang ghulat, menganggap bahwa Sayidina Ali bin Abi Talib KMW itu sendiri yang akan menjadi Imam Mahdi! Namun begitu, pendapat yang menyatakan bahwa Muhammad bin Hasan Al-Askari  sebagai Imam Mahdi adalah pendapat yang dianggap majoriti dan mewakili seluruh pendapat pengikut Syiah, terutama pada hari ini.

Ringkasnya, perselisihan pendapat di kalangan semua mazhab dalam Islam ini hanya menjelaskan satu perkara utama yaitu, umat Islam bebas menentukan kepercayaannya terhadap persoalan Imam Mahdi dan Islam membenarkan umatnya menetapkan sendiri kepercayaannya terhadap masalah Imam Mahdi ini. Ajaran Islam sendiri amat luwes dalam soal ini.

Dan bagi yang berfikiran neutral, banyaknya polemik dan pendapat mengenai kemunculan Imam Mahdi, itu adalah tanda bahwa masalah ini adalah masalah khilafiah, yaitu jika ditolak atau diterima, sama ada dengan ilmu atau dengan tidak ada ilmu, tetap tidak menjejaskan akidah kita, iman kita dan agama kita. Jika tidak, pastilah sudah dihukumkan kafir kepada mana-mana satu pihak yang menolak atau menerima itu.

Selagi Imam Mahdi itu tidak muncul, selagi itulah kita boleh saja menerima atau menolak, atau malah bersikap tengah-tengah. Dengan ini, amatlah diharapkan agar persoalan ini dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya karena itulah yang dikehendaki oleh Islam. Kita patutnya bersikap berlapang dada mengenai masalah ini. Bertenang dan jangan bergopoh-gapah menghukum orang lain yang tidak sehaluan dengan kita sebagai orang yang rusak akidahnya atau tidak sempurna Islamnya.

Jika kita di pihak yang mempercayai kemunculan Imam Mahdi, jangan pula terburu-buru menghukum kafir terhadap orang yang tidak mempercayai kemunculan Imam Mahdi itu. Malah tidak patut pula kita beranggapan bahwa orang itu sudah tidak sempurna Islamnya. Terimalah perbedaan pendapat ini dengan dada terbuka.

Begitu pula jika kita berada di pihak yang menolak kemunculan Imam Mahdi, jangan pula lekas-lekas menghukumkan orang yang telah menetapkan siapa Imam Mahdi itu sebagai orang yang menyeleweng, rusak akidahnya, pembawa bidaah dan telah jatuh kafir. Ingatlah bahwa sesiapa yang menetapkan sesuatu persoalan furuk, selama-lamanya tidak akan menjatuhkan orang itu ke dalam kekufuran dan tidak akan sampai terseleweng akidahnya. Dalam Usul Fiqh, perkara ini sudah dijelaskan seterang-terangnya oleh Imam as-Syafie sejak awal Islam lagi dan telah juga diketahui umum, terutamanya yang mengaku dirinya pakar fiqh atau ulama syariat.
Namun begitu, sejarah tetap menjadi sejarah. Ada pula umat Islam sendiri yang sanggup mengkafirkan orang lain, membidaahkan mereka, menyesatkan mereka, mengkhurafatkan mereka, malah ada tuduhan yang menyatakan sudah menyeleweng dari ajaran Islam, hanya semata-mata karena mereka mempercayai kemunculan Imam Mahdi. Kenapa boleh sampai begitu sekali keadaannya, kita pun kurang pasti. Mungkin ada niat lain yang coba ditutup dengan menggunakan alasan furuk khilafiah ini.

Sebenarnya, sesiapa yang telah sampai kepadanya perkabaran yang yakin, ilmu yang benar, cukup segala syarat untuk berijtihad dan menepati apa yang telah digariskan oleh hadis-hadis, asar-asar sahabat RA dan ucapan para tabiin, serta kasyaf para ulama muktabar, maka bolehlah dia menetapkan seseorang itu sebagai Imam Mahdi. Pendapatnya itu boleh digunakan untuk dirinya sendiri dan boleh pula diberitakan kepada orang lain yang mau percaya dan yakin dengan perkabarannya.

Tidak patut ada unsur-unsur paksaan di sini. Tidak boleh pihak yang mendakwa itu memaksa orang ramai percaya dan yakin dengan ceritanya dan tidak boleh pula pihak yang tidak percaya, memaksa orang ramai untuk tidak mempercayainya atau menolaknya. Semuanya terserah sepenuhnya kepada setiap individu untuk percaya atau menolaknya, meyakini atau mengingkarinya. Juga tidak boleh seseorang itu memaksa orang lain untuk bersikap tawaquf dalam hal ini.

Pihak yang percaya, hanya boleh menekankan pendapatnya itu kepada orang ramai jika dia benar-benar boleh mendatangkan bukti-bukti yang kukuh dan hujah yang jitu, yang bertepatan dengan dalil-dalil daripada hadis-hadis. Pihak yang menolak pula, hendaklah mendatangkan hujah-hujah yang jelas dan bukti-bukti yang tepat jika maukan orang ramai turut menolak hujah pihak pertama tadi. Jika tidak ada hujah dan tiada pula bukti yang dapat membantu, lebih baik diam sahaja dan serahkan urusan ini kepada Allah SWT untuk menentukan seterusnya. Kita tidak boleh berbuat lebih daripada apa yang telah digariskan oleh para ulama muktabar dahulu.

HUKUM MENETAPKAN IMAM MAHDI







Imam Ibnu Aliah ada menyatakan yang terjemahannya kira-kira begini,
Maka adalah kepercayaan terhadap al-Mahdi itu tidak termasuk ke dalam pokok-pokok akidah dalam (mazhab) Ahlus Sunnah wal Jamaah.”
Demikian fatwa beliau seperti yang dilaporkan oleh Syeikh Ibrahim al-Baijuri di dalam kitab besarnya dalam ilmu tauhid yaitu Hasyiah Tuhfatul Murid ‘Ala Jauharatut Tauhid. Kitab ini telah diterima, dipelajari, diguna pakai dan diamalkan oleh seluruh umat Islam sejak dahulu hinggalah ke hari ini.

Imam Abu Hasan Al-Asyaari sendiri, pelopor mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah, tidak pernah memasukkan kepercayaan kepada kedatangan Imam Mahdi sebagai sebagian daripada rukun iman atau sebagian daripada iman itu sendiri di dalam kitab besarnya, Al-Ibanah Fi Usulid Diyanah. Sebab itulah beliau tidak memasukkan langsung di dalam kitabnya itu tentang masalah Imam Mahdi ini sebagai sebagian daripada asas kepercayaan umat Islam.

Menurut akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah, Rukun Iman ada enam perkara. Tidak termasuk di dalamnya soal mempercayai Imam Mahdi. Jika kita rajin membaca, mempelajari dan mengkaji kitab-kitab tauhid karangan ulama-ulama besar Ahlus Sunnah, yang akan kita temui ialah bahwa, rukun iman yang kelima ialah percaya kepada hari kiamat, yang disebut juga sebagai hari akhirat, hari pembalasan, hari mahsyar dan seterusnya.

Dalam bab percaya kepada hari kiamat ini, kita mempercayai bahwa dunia ini akan kiamat, dihancurkan dan diganti dengan alam baru. Itu adalah asas akidah, maknanya wajib dipercayai dan diyakini. Kemudian, sebelum dihancurkan alam ini, akan ada terlebih dahulu tanda-tanda akan berlakunya kiamat. Tanda-tanda kiamat ini adalah cabang-cabang atau ranting-ranting daripada mempercayai hari kiamat tadi. Maknanya, mempercayai tanda-tanda kiamat bukan lagi merupakan rukun iman, tetapi berupa pelengkap sahaja, untuk menambahkan lagi keyakinan terhadap hari kiamat tadi. Jika tidak tahu mengenainya tidak akan sampai merusakkan iman kita.

Dalam mengetahui tanda-tanda kiamat itu, ada tanda-tanda besar dan ada pula tanda-tanda kecilnya. Tanda-tanda kecil kiamat atau lazim disebut tanda-tanda awal kiamat disebutkan dalam banyak hadis. Jika dihimpunkan semuanya, terdapat lebih dua ratus buah hadis yang menceritakan tanda-tanda kecil kiamat, dan sebagian besar daripadanya adalah hadis yang dikatakan bertaraf dhaif. Memang ada hadis yang bertaraf sahih dan banyak pula yang bertaraf hasan, yang menceritakan kepada kita tanda-tanda kiamat itu.

Tanda-tanda besar atau lazim disebut tanda-tanda hampir kiamat (isyratus sa’ah) seperti yang disebutkan oleh hadis-hadis, ada beberapa belas sahaja. Setelah selesai berlaku semua tanda besar kiamat itu, dunia ini akan dikiamatkan dan diganti dengan alam yang lain, yang lazim disebut Alam Mahsyar.

Di dalam beberapa belas tanda besar itu, terselit pula keterangan hadis mengenai seorang khalifah akhir zaman yang berasal daripada keturunan Nabi SAW yang akan memerintah dunia ini, sejurus sebelum kiamat sebenar tiba. Tiada pula keterangan yang menyatakan hal ini wajib diyakini dan dipercayai karena memang bukan merupakan rukun iman, tetapi penjelasan kepada perkara pokok saja.

Tidak ada satu keterangan pun, baik daripada hadis, ijmak ulama, qias dan sebagainya yang secara terang-terang mewajibkan seseorang itu mempercayai kedatangan Imam Mahdi. Daripada hadis-hadis yang sekian banyak yang menceritakan tentang Imam Mahdi, tidak sebuah pun yang menyatakan secara qat’ie bahwa umat Islam wajib mempercayai kedatangan Imam Mahdi itu.

Hanya ulama dari mazhab Syiah saja yang menjadikan kepercayaan kepada Imam Mahdi sebagai salah satu daripada rukun iman mereka. Maknanya tidak sempurna dan tidak sah iman mereka jika mereka tidak mempercayai dan meyakini Imam-imam mereka yang dua belas orang itu. Hal ini amat jelas di kalangan mereka terutamanya pengikut firqah Imamiah Ithna Asyariyah. Mazhab-mazhab lain di kalangan Ahlus Sunnah tidak diketahui pernah berbuat demikian.

Maknanya di sini, Nabi SAW sendiri pun tidak menyuruh umatnya mempercayai kedatangan Imam Mahdi. Nabi SAW sendiri tidak pernah mewajibkan umatnya meyakini persoalan Imam Mahdi. Berdasarkan hadis-hadis yang akan kita baca pada bagian seterusnya nanti, tidak ada walau sebuah hadis pun yang menyuruh kita meyakini persoalan Imam Mahdi, dengan satu keyakinan yang putus (qat’ie).

Kita juga tidak pernah diwajibkan mempercayai kedatangan Imam Mahdi berdasarkan apa yang tersurat di dalam hadis-hadis yang sekian banyak itu. Apa yang dapat kita fahamkan, hanya setelah munculnya Imam Mahdi itu  nanti, barulah kita yakni setiap umat Islam, wajib menerima dan meyakininya karena dia itu benar-benar Imam Mahdi seperti yang telah dijanjikan oleh hadis-hadis. Itu sahaja!

Berdasarkan daripada inilah para ulama yang bersikap sederhana tadi menetapkan bahwa mempercayai Imam Mahdi tidaklah sampai merusakkan akidah. Mereka juga menetapkan bahwa masalah mempercayai kedatangan Imam Mahdi adalah sebagian daripada masalah furuk dalam bab akidah, walaupun hadis-hadis mengenainya memang banyak.

Ada juga yang berpendapat, dibolehkan menolak kemunculan Imam Mahdi selagi tidak sampai menafikan hadis-hadis yang sudah sampai tarafnya kepada mutawatir atau sahih lizatih. Itulah batas-batas yang perlu diperhati dan diteliti sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.

Bagi yang mau meneliti dan mencari kebenaran hakiki dalam hal ini, banyaknya perselisihan pendapat mengenai Imam Mahdi menguatkan lagi keyakinan mereka bahwa soal ini adalah soal furuk. Jika tidak, sudah pastilah suatu ketetapan yang bersifat qat’ie sudah dikeluarkan oleh para ulama mengenai kedudukannya. Namun hingga kini, belum ada ketetapan khusus dibuat, dan para ulamanya semakin jauh jurang keyakinan mereka terhadap masalah Imam Mahdi ini.
Hal ini boleh sahaja berlaku dan terus akan berlaku sampai bila-bila. Hanya apabila Imam Mahdi yang sebenarnya muncul, barulah persoalan ini dikira muktamad. Tidak akan ada lagi perselisihan mengenai benar atau tidaknya, karena orang yang dipertikai dan diperselisihkan itu sudahpun muncul di depan mata. Selagi pribadi Imam Mahdi itu belum muncul, selagi itulah persoalan ini tidak akan selesai.

Selasa, 04 Juli 2017

Antara Ulama Yang Menerima Dan Menolak


Hasil gambar untuk Gambar Imam mahdi






















Demikianlah hebat dan bercelarunya seluruh dunia ini dengan masalah mengenai kepribadian Imam Mahdi. Sebagian besar ulama Ahlus Sunnah wal Jamaah menerima mengenai kedatangan Imam Mahdi dan mempercayainya seperti yang disebutkan di dalam hadis-hadis. Selain itu, muncul pula segolongan ulama Islam yang menolak terus atau tidak mempercayai langsung masalah Imam Mahdi ini. Mereka adalah dari kalangan ulama atau cendekiawan, terutama pada zaman modern ini, yang dilihat secara zahirnya adalah dari mazhab Ahlus Sunnah sendiri.

Mereka menolak terus hadis-hadis yang dikaitkan dengan Imam Mahdi sambil menyatakan hadis-hadis mengenai diri Imam Mahdi itu sangat dhaif atau menyandarkan pendapat dengan menyatakan bahwa Imam Bukhari dan Imam Muslim langsung tidak ada meriwayatkannya. Karena itu, menurut mereka lagi, perkara mengenai Imam Mahdi tidak ada dasarnya dalam agama yang suci ini.

Walau apa pun pendapat mengenai diri Imam Mahdi itu, terdapat pula orang-orang Islam yang sangat yakin dengannya dan terdapat pula orang Islam yang menolak terus hal ini. Yang yakin, terlalu yakin manakala yang menolak, menolaknya mentah-mentah. Mereka menganggapnya sebagai suatu perkara bidaah, dongeng zaman purba, datang dari pengaruh messianic dan sebagainya lagi. Yang mengatakannya sebagai suatu bentuk kepercayaan karut atau khurafat pun ada.

Ini mungkin disebabkan masalah Imam Mahdi bukan masalah pokok akidah, cuma masalah furuk sahaja atau lazim disebut soal khilafiah, soal ijtihad. Percaya atau tidak, tidak membawa kesan apa-apa.

Adanya atau tiadanya boleh diterima atau ditolak, dan iman kita tetap sah, walaupun kita menyatakan pendirian kita untuk menyebelahi mana-mana pihak atau langsung tidak menyebelahi mana-mana pihak, yakni mengambil jalan tengah, dengan bersikap tunggu dan lihat (tawaquf).

Antara ulama yang menolak terus hadis yang berkaitan Imam Mahdi adalah kebanyakannya dari kalangan pengikut Ibnu Taimiyah dan Wahabi seperti yang dipelopori oleh Ibnu Khaldun, antaranya Haji Sanusi Hj Mahmood (bekas Mufti awal Singapura), Prof Dr Hamka, Abu al-A’ala al-Maududi, Syeikh Mahmud Syaltut, Muhammad Rasyid Ridha dan Syeikh Muhammad Abduh. Para sarjana dan cendekiawan hari ini juga sangat ramai yang cenderung kepada pendapat yang dikemukakan oleh Ibnu Khaldun itu. Mungkin karena kaedah kajian Ibnu Khaldun itu serupa atau hampir serupa dengan kaedah kajian mereka pada hari ini.

Antara alasan yang sering digunakan sebagai hujah oleh golongan yang menolak, jika dikemukakan persoalan ini kepada mereka ialah:


  1. Hadis-hadis yang menyebutkan Imam Mahdi adalah hadis yang lemah (dhaif), malah dhaifnya itu meliputi hampir semua jenis hadis dhaif.
  2. Rawi yang meriwayatkan tentang Imam Mahdi itu kebanyakannya adalah dari kalangan mereka yang lemah-lemah ingatannya. Oleh itu, periwayatan mereka boleh ditolak atau tidak dapat dipakai.
  3. Rawi yang meriwayatkan tentang Imam Mahdi banyak yang bermazhab Syiah. Malah ada sebagiannya adalah dari kalangan pemimpin Syiah di sesuatu tempat pada masanya.
  4. Kekacauan dari segi matan menyebabkan kebanyakan hadis mengenai Imam Mahdi patut ditolak karena hal ini amat menjejaskan kebolehpercayaan terhadap siqah rawi itu sendiri dan hadis-hadis yang dibawanya.
  5. Matan hadis mengenai Imam Mahdi itu ternyata amat kacau antara sebuah hadis dengan hadis yang lain. Ini ditambah lagi dengan ucapan para sahabat RA dan ucapan para tabiin RH yang juga amat bertentangan antara satu sama lain, malah bertentangan pula dengan matan hadis Nabi SAW. Semuanya ini menambahkan lagi kacaunya perihal mengenai Imam Mahdi.
  6. Ramainya pengaku Imam Mahdi sedangkan sifat-sifat dan pendakwaan mereka itu, tidak satu pun yang dapat dibuktikan bahwa mereka adalah Imam Mahdi. Hal ini sentiasa muncul dari semasa ke semasa dan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Karena itulah sukar untuk dipercayai kemunculan Imam Mahdi.
  7. Sifat-sifat dan kelebihan yang ada pada Imam Mahdi itu sendiri yang amat luar biasa dan hebat, melebihi dari apa yang sepatutnya berlaku kepada seorang manusia biasa. Sedangkan Nabi Muhammad SAW itu sendiri pun tidak pernah diberi kelebihan dan kekuasaan seperti yang disebutkan kepada Imam Mahdi. Nabi Muhammad SAW adalah sebaik-baik rasul dan sekasih-kasih manusia pada sisi Allah, tetapi tidak pernah mendapat apa yang diberikan kepada Imam Mahdi. Karena ketidaklogikan inilah, hadis-hadis mengenai Imam Mahdi patut ditolak sama sekali.
  8. Imam al-Bukhari dan Imam Muslim tidak pernah meriwayatkan hadis-hadis yang menyebut nama Imam Mahdi dalam kitab hadis mereka. Maknanya, hadis-hadis mengenai Imam Mahdi itu sah dhaif atau maudhuk, karena tidak melepasi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kedua-dua imam hadis itu.
Para ulama sekarang, sama ada yang lepasan universiti terkenal, universiti kurang terkenal, sekolah agama, sekolah pondok dan sebagainya, dengan begitu mudah menolak hadis-hadis mengenai Imam Mahdi yang akan muncul pada zaman ini, dengan alasan hadis-hadis yang dibawa adalah dhaif dan sangat dhaif, malah sebagian besarnya dikatakan adalah hadis maudhuk.

Itu cerita ulama, cendekiawan dan sarjana yang menolak mengenai kedatangan Imam Mahdi serta alasan-alasan yang mereka berikan. Sekarang kita lihat ulama yang percaya dan yakin pula. Antara ulama yang meyakini zahirnya Imam Mahdi adalah dari kalangan ulama kenamaan Ahlus Sunnah wal Jamaah seperti Syeikh Ibnu Hajar al-Haitami, Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz (Almarhum Mufti Brunei), Imam Ibnu Kasir, Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Syeikh Ali al-Khawas, Imam Jalaluddin As-Suyuti, Imam ar-Ramli dan Imam Sayid Hasan al-Iraqi.

Sebenarnya jika hendak disenaraikan nama mereka yang yakin akan kemunculan Imam Mahdi dari kalangan ulama Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah terlalu ramai, seramai bilangan ulama itu sendiri. Ini karena kalangan ulama Ahlus Sunnah secara umumnya menerima kebenaran datangnya Imam Mahdi dan hadis-hadis yang berkaitan dengannya.

Yang menjadi masalah di kalangan mereka sekarang ini ialah sama ada mereka mendalami masalah ini atau tidak, ambil berat atau tidak. Itu sahaja. Jika keyakinan mereka dijadikan soalan, sudah pasti jawapan yang kita terima ialah mereka percaya dan yakin. Sebab itu ada ulama yang mendalam ilmunya tentang masalah Imam Mahdi ini dan ramai pula yang tidak mempunyai ilmu secukupnya tentang hal ini.



Reshare : Hikmah

Sabtu, 01 Juli 2017

Imam Mahdi di Kalangan Para Wali





Imam Mahdi yang dikenali di seluruh dunia seperti yang selalu disebut-sebutkan itu adalah Imam Mahdi bagi para ulama hadis atau Imam Mahdi bagi ulama ahli kalam. Ini disebabkan sifat-sifat, keadaan, kemunculan dan pemerintahannya kita ketahui melalui hadis-hadis Nabi SAW dan juga huraian para ulama ilmu kalam dalam kitab-kitab tauhid mereka. Imam Mahdi ini mereka huraikan menurut fahaman dan sudut pandangan mereka itu. Maka kita pun turut memahaminya menurut sudut pandangan yang telah ditumpukan oleh mereka itu. Dan itulah juga Imam Mahdi bagi orang awam yang sebenarnya.

Sebab itulah, apabila ada orang lain menceritakan mengenai Imam Mahdi menggunakan sudut pandangan yang berbeda daripada apa yang kita sedia fahami itu, maka ramailah bingkas menentangnya. Seolah-olah apa jua pandangan yang bertentangan dengan apa yang kita sedia fahami itu salah belaka, bidaah belaka dan bohong belaka. Hanya pandangan kita sahaja yang betul dan benar. Karena kononnya pandangan kita berdasarkan ayat al-Quran dan hadis. Pendapat orang lain semuanya salah. Maka berlakulah perbedaan yang lebih besar dan merumitkan lagi keadaan, walhal mereka hanya menyatakan pandangannya, yang sebenarnya tidak salah, hanya berbeda sedikit daripada kita sahaja.

Umpamanya, kita selama ini disogokkan dengan cerita orang yang melihat Imam Mahdi itu dari arah hadapan sahaja. Maka pandangan dari hadapan itulah yang kita terima dan anggap benar. Apabila ada orang lain yang melihat Imam Mahdi itu dari arah belakang dan menyatakan apa yang dia sedang lihat, maka kita pun marah kepadanya karena dia melihat dari belakang. Kita tidak sepatutnya memarahi dia sedangkan yang dilihatnya itu adalah Imam Mahdi yang itu juga, cuma dia melihat dari tempat yang lain dari tempat kita melihatnya. Maka berbedalah pandangan dia daripada kita, disebabkan berbeda tempat dia memandang itu.
Dalam hal ini, para ahli sufi turut menjelaskan sifat, keadaan dan pemerintahan Imam Mahdi, menurut pandangan mereka pula, dengan sumber yang berbeda pula. Pandangan dan sumber mereka itu tidak pernah dipakai oleh ahli hadis dan ahli ilmu kalam. Malah sumber mereka itu dilihat sekali imbas, bagaikan tidak pernah digunakan oleh Nabi SAW sendiri dan para sahabat RA. Para ahli sufi ini melihat dari sudut kesufian mereka, dan sumber mereka adalah ilmu laduni, kasyaf dan berita ghaib yang mereka terima.

Ahli sufi atau dikenali juga dengan nama ahli tasawuf adalah golongan yang berusaha menghampirkan diri dengan Allah SWT, dengan amalan zahir dan batin. Keutamaan mereka adalah pada amalan batinnya, karena yang itulah yang dinilai oleh Allah SWT dan juga merupakan tempat jatuhnya pandangan Tuhan kepada mereka. Mereka tidak berapa menghiraukan kepentingan duniawi karena matlamat utama mereka adalah satu, yaitu Allah SWT sahaja. Disebabkan itu, pandangan dan matlamat hidup mereka jauh berbeda daripada manusia biasa, termasuk para ulama yang banyak kedapatan pada setiap ketika.

Bagi golongan ahli sufi atau tasawuf ini, Imam Mahdi adalah seorang lelaki yang merdeka, seorang yang bertaraf wali, malah wali yang terbesar pernah dilahirkan ke dunia ini (selepas zaman sahabat RA). Beliau juga adalah ketua bagi sekalian wali dan terakhir keluar, digelar sebagai Khatimul Auliak (Penutup Sekalian Wali). Sesuai dengan gelaran dan kedudukan itu, tiada lagi ketua wali yang lebih utama daripada beliau, sama ada sebelum atau selepasnya. Keadaannya sama dengan Rasulullah SAW yang merupakan penutup bagi sekalian rasul dan terakhir keluar, digelar sebagai Khatimul Anbiak (Penutup Sekalian Nabi).

Peranan Imam Mahdi ini disamakan dengan peranan Nabi Muhammad SAW yang menjadi batu terakhir untuk menyiapkan sebuah binaan. Dengan peletakan batu yang terakhir itu ke tempatnya, maka siaplah pembinaan rumah itu keseluruhannya. Sehubungan itu, sejak diutuskan Nabi Adam AS hinggalah akhirnya, Nabi Muhammad SAW adalah pelengkap bagi para rasul yang diutus itu. Agama yang dibawanya adalah penamat bagi sekalian agama yang pernah disyariatkan, dan terlengkap di antara semua agama.
Sabda Rasulullah SAW,
“Diriku dibanding dengan para anbiak sebelumku adalah seperti seorang lelaki yang membina rumah dan menyempurnakan pembinaannya hinggalah tinggal satu tempat untuk diisi dengan seketul batu. Maka akulah batu itu.”(Imam a-Bukhari)
Berdasarkan hadis inilah ahli-ahli tasawuf membuat perbandingan peranan Imam Mahdi dengan peranan Rasulullah SAW. Imam Mahyuddin Ibnu Arabi al-Hatimi, seorang Wali Qutub yang cukup terkenal, di dalam kitab termasyhurnya Fathul Makkiyah, menulis kira-kira begini:
Al-Mahdi yang ditunggu-tunggu itu berperanan sebagai penyempurna tugas sekalian aulia. Beliau adalah umpama seketul batu binaan yang akan menutup ruang yang kosong bagi menyempurnakan binaan itu seluruhnya.
Maknanya, apabila Imam Mahdi yang Muntazar itu muncul kelak, sempurnalah binaan itu keseluruhannya dan menutup peranan sekalian Wali Qutub. Imam Mahdi itulah yang menyempurnakan peranan ketua-ketua wali yang sebelumnya. Jika ada ketua wali selepasnya pun, hanyalah bertaraf wali biasa sahaja, bukan bertaraf ketua wali lagi karena pada ketika itu sudah tiada lagi orang yang akan dilantik sebagai ketua wali.

Imam Mahyuddin Ibnu Arabi juga membedakan taraf Rasulullah SAW sebagai ketua sekalian anbiak dengan Imam Mahdi sebagai ketua sekalian auliak, hanyalah dari segi mutunya sahaja. Rasulullah SAW sebagai seorang rasul diumpamakan seperti nilai emas, manakala Imam Mahdi sebagai seorang wali diumpamakan seperti nilai perak. Oleh itu, setinggi-tinggi taraf Imam Mahdi, tetaplah beliau itu seorang wali sahaja, tidak akan sampai melebihi taraf seorang nabi atau rasul. Cuma, di kalangan para wali yang ada, sama ada yang hidup pada zamannya ataupun sebelum itu, beliau nyatalah lebih tinggi martabatnya daripada sekalian mereka itu.
Apabila muncul kelak, beliau akan menunaikan sembahyang secara berjemaah dengan sekalian kaum muslimin di Masjidil Haram, akan menyampaikan khutbah yang panjang kepada seluruh umat manusia, akan berjuang menegakkan sunnah Rasulullah SAW, mengembalikan keadilan di kalangan manusia, memulihkan berkat, menentang kezaliman dan bidaah, diakui sebagai raja yang sangat adil, dan membawa Islam ke puncak kemuliaan seperti yang sepatutnya diterima oleh Islam itu sendiri.

Imam Mahyuddin Ibnu Arabi juga menyatakan di dalam kitabnya itu bahwa Imam Mahdi akan muncul pada akhir kurun ketujuh Hijrah. Ijtihadnya ini dibuat memandangkan bahwa tiada sebuah hadis pun yang menyatakan dengan jelas bila Imam Mahdi itu akan muncul. Oleh karena pada akhir kurun ketujuh Hijrah Imam Mahdi yang dimaksudkan tidak juga muncul-muncul, maka ijtihad beliau itu dianggap batal. Namun, beliau tetap mendapat satu pahala karena telah berijtihad berdasarkan ilmu yang ada pada beliau, di samping ilmu yang ada padanya membolehkan beliau mengeluarkan ijtihadnya sendiri.

Golongan sufi juga menyatakan pendirian yang tegas bahwa masalah Imam Mahdi adalah masalah khilafiah dan hanyalah furuk dalam ilmu tauhid. Karena itu jugalah masalah Imam Mahdi ini pada peringkat awal Islam dahulu, tidak begitu diambil perhatian oleh golongan sufi ini. Hanya pada sekitar tahun 300 Hijrah sahaja masalah ini mula diambil berat oleh mereka, dengan membawa satu cerita baru, yang jauh berbeda daripada cerita yang didapati di kalangan ahli hadis dan ahli tauhid. Hal ini bukanlah bidaah, cuma perspektif yang mereka gunakan berlainan daripada perspektif yang lazim kita gunakan. Itu sahaja. Tidak lebih dan tidak kurang. Huraian mereka ini lebih bersifat memperlengkapkan lagi ilmu bagi sekalian umat Islam.



Reshare : Hikmah

Mahdi Tempatan





Selain Imam Mahdi yang sebenar, yang hakiki itu, terdapat pula di setiap penjuru alam ini, orang-orang yang boleh kita gelarkan sebagai Mahdi tempatan. Maksudnya kepercayaan kepada Mahdi itu mempunyai bentuknya yang khas bagi sesuatu tempat. Hal ini dapat dikesan melalui riwayat-riwayat orang dahulu seperti yang diceritakan oleh Imam Ibnu Hajar al-Haitami sendiri, atau oleh Imam as-Suyuti RH atau orang-orang lain. Ahli sejarah juga turut merakamkan peristiwa ini dalam buku-buku sejarah mereka.

Contohnya di Nusantara ini, terdapat bentuk Imam Mahdi yang khas Nusantara dan berwatak Nusantara. Contoh yang paling ketara adalah kepercayaan kepada datangnya Ratu Adil di kalangan masyarakat Jawa. Ratu Adil akan membawa kemakmuran dan keadilan kepada seluruh rakyat. Keadaan ini amatlah jauh berbeda daripada sifat-sifat Imam Mahdi seperti yang diceritakan oleh hadis-hadis.

Di Makassar pula, kepercayaan yang hampir sama turut didapati dengan gelaran Karaeng Data. Demikian jelas Prof. Dr. Hamka. Di India, terdapat pula bentuk dan watak Mahdi yang lebih mirip tempatan di sana yaitu Imam Mahdi, Nabi Isa dan rasul penghujung zaman. Di negara-negara Arab sendiri, terdapat jenis-jenis Mahdi tempatan yang mirip dengan keadaan masyarakat yang diwakilinya. Sungguh pun mereka berbangsa Arab dan berbahasa Arab pula, sifat-sifat Mahdi mereka itu tetap jauh berbeda daripada apa yang terdapat di dalam hadis.
Di Afrika juga, keadaan yang sama turut berlaku. Terdapat beberapa jenis Mahdi tempatan yang mirip dengan cara dan kebudayaan tempatan. Sejak dahulu hingga kini, memang silih berganti muncul orang yang mendakwa dirinya sebagai Mahdi, dengan ciri-ciri tempatan tertonjol jelas padanya. Yang paling jelas adalah di Sudan, Maghribi dan Mesir. Mungkin salah satu tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk mendapatkan simpati dan sokongan daripada penduduk setempat. Maka ramailah simpati yang menyokong mereka, karena Mahdi itu adalah khas untuk penduduk tempatan, dan berwatak tempatan pula. Keturunannya juga adalah dari kalangan penduduk tempatan juga.

Di tempat-tempat lain di dunia ini juga mempunyai Mahdi mereka sendiri. Pengaruh-pengaruh Mahdi ini lebih bercirikan tempatan dan dipengaruhi oleh kepercayaan menurut agama yang diwakili olehnya. Memang dari semasa ke semasa, ada sahaja orang yang mengaku dirinya Mahdi dan berjaya pula mempengaruhi orang ramai dengan dakwaannya itu. Ada yang menjadi amat ekstrem dengan Mahdi mereka itu dan ada pula yang biasa sahaja terhadap Mahdi mereka itu.

Dan tidak dinafikan bahwa kemunculan pribadi-pribadi sedemikian dari semasa ke semasa itulah yang mempengaruhi para penentang konsep Imam Mahdi untuk menolak terus kepercayaan kepada kemunculan Imam Mahdi yang sebenar. Memang sekali imbas, kemunculan orang-orang sebegini hanya merusakkan umat Islam dan menguntungkan pihak musuh. Mereka seolah-olah lupa bahwa Imam Mahdi yang sebenar hanya ada seorang sahaja di dunia ini, yang lain-lain itu sepatutnyalah ditolak. Janganlah hanya dikarenakan ramai yang mendakwa sebagai Imam Mahdi, maka Imam Mahdi yang sebenarnya pun kita tolak sama, dan kemunculannya pun kita nafikan.

Hadis-hadis mengenai Imam Mahdi itu tidak bersalah, jangan dihukum dengan hukuman yang tidak patut diterimanya, dan Imam Mahdi yang hakiki itu juga tidak bersalah. Tidak patutlah beliau itu dipersalahkan. Yang bersalah dalam hal ini adalah orang-orang yang mendakwa dirinya Imam Mahdi sedangkan dia itu bukanlah Imam Mahdi. Ciri-ciri khusus yang disebutkan oleh hadis satu pun tidak ada pada dirinya, mana mungkin dia itu boleh menjadi Imam Mahdi? Kita sebagai orang awam perlu bijaksana dan matang menangani masalah furuk ini. Kita perlu tahu bila kita kena menolak, dan tahu pula bila harus menerimanya.




Reshare : Hikmah

Hadis-hadis Yang Dikatakan Maudhuk Oleh Puak Wahabi




Sehubungan dengan fatwa yang dikeluarkan oleh pihak Rabitah Al-Alam Al-Islami itu, beberapa orang ulama dari kalangan Wahabiyah telah berusaha menyenaraikan hadis-hadis berikut sebagai hadis-hadis yang telah dikenal pasti sebagai hadis maudhuk atau hadis reka-rekaan orang lalu disandarkan kepada Nabi SAW perkataannya, pada hal Nabi SAW tidak pernah sekali-kali menyebutkan seperti yang demikian. Kebanyakan pendapat mereka ini adalah dengan merujuk kepada tulisan Ibnul Jauzi. Antara hadis yang muktamad dimasukkan oleh puak Wahabi sebagai hadis maudhuk itu, antaranya adalah seperti berikut:
1.Dari Sayidina Ali bin Abi Talib KMW, sabda Nabi SAW,
Akan keluar seorang lelaki dari seberang sungai yang dikatakan Al-Haris bin Harras, yang di hadapannya ada seorang lelaki yang dikatakan Al-Mansur, dialah yang akan memudahkan urusan atau membela keluarga Nabi SAW seperti pihak Quraisy yang membela Rasulullah SAW. Wajib setiap mukmin menolongnya.” Atau baginda bersabda, “Wajib setiap orang mukmin menerimanya.”
2.Dari Abdullah RA, dia berkata,
“Ketika kami sedang berada bersama-sama Rasulullah SAW, datang sekumpulan anak-anak muda dari Bani Hasyim. Apabila melihat mereka, tiba-tiba air mata baginda berlinang dan wajahnya berubah. Abdullah berkata, aku bertanya, “Kami melihat sesuatu yang tidak kami senangi pada wajahmu?” Maka baginda menjawab, “Kami adalah Ahlulbait yang Allah telah memilih bagi kami kehidupan akhirat lebih daripada kehidupan dunia. Sesungguhnya ahli keluargaku, sepeninggalanku nanti akan menerima bala bencana pengusiran dan pembuangan, sehingga datanglah suatu kaum dari arah Timur yang membawa Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, lalu mereka berjuang dan menang, lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerimanya sehinggalah mereka menyerahkan kepemimpinan itu kepada salah seorang lelaki dari ahli keluargaku. Dia lalu memenuhinya dengan berbuat adil, seperti sebelumnya yang dipenuhi dengan kezaliman. Barang siapa di antara kamu semua yang menjumpai hal-hal tersebut, hendaklah dia mendatangi mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salji.
3.Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda,
Akan keluar dari Khurasan Panji-panji Hitam. Maka (Panji-panji Hitam itu) tidak dapat ditolak oleh sesuatu apa pun sehinggalah ditancapkan di Ilya’.”
4.Sabda Rasulullah SAW,
Terdapat banyak pasukan tentera selepasku kelak. Kamu hendaklah menyertai pasukan tentera yang datang dari arah Khurasan.”
5.Dari Muaz bin Jabal RA, dari Nabi SAW bersabda,
(Jarak masa antara) Malhamatul ‘Uzma, penaklukan Konstantinopel (Eropah) dan keluarnya Dajjal adalah dalam masa tujuh bulan.”
6.Ammar bin Yasir RA menyatakan,
Apabila orang suci (Nafsuz Zakiyah) itu terbunuh, satu seruan dari langit akan kedengaran, “Pemimpin kamu semua adalah si dan si anu.” Berikutnya, Al-Mahdi akan memerintah dunia dan memenuhkannya dengan keadilan dan sama rata.”
Untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut mengenai taraf hadis-hadis tersebut dan sanad yang dikatakan ditolak, bolehlah dirujuk kepada penjelasan yang dibuat oleh Ibnul Jauzi dalam kitabnya Ahadisul Maudhu’at. Semua hadis di atas telah secara muktamad dimasukkan sebagai hadis maudhuk oleh beliau. Sayangnya, bukan semuanya adalah hadis Nabi SAW malah adalah ucapan para sahabat sahaja, tetapi turut dimaudhukkan oleh beliau.



Reshare : Hikmah



Jumat, 30 Juni 2017

Pandangan Resmi Puak Wahabi Mengenai Imam Mahdi dan Panji-panji Hitam




Ada sebuah buku rujukan, Fatawal ‘Aqidah, yang disusun oleh Syeikh Muhammad bin Salih bin ‘Usaimin, cetakan kedua, tahun 1993, Maktabah As-Sunnah, Kaherah, Bab Al-Fitan wa Asyratus Sa’ah, halaman 481 - 493.

Buku ini bolehlah dianggap sebagai fatwa sah dan resmi bagi puak Wahabi karena penyusunnya adalah diiktiraf sebagai ulama terbesar dan pensyarah Kuliyyah Syariah. Buku ini juga disusun oleh beliau dengan memasukkan beberapa fatwa resmi daripada beberapa orang ulama besar Wahabi yang lain. Berikut adalah terjemahan secara bebas fatwa yang dipetik daripada buku berkenaan.

Soalan 261:
Bertanyakan Syeikh: Mengenai hadis-hadis keluarnya al-Mahdi, adakah sahih atau tidak?

Dijawab dengan katanya:

Hadis-hadis mengenai al-Mahdi terbahagi kepada empat:
Pertama: hadis-hadis dusta.
Kedua: hadis-hadis dhaif.
Ketiga: hadis-hadis hasan dikarenakan banyaknya kaitan, hingga kepada derajat sahih, yaitu hadis sahih lighairih.
Keempat: kata sebagian ulama adalah sesetengahnya sahih lizatih.

Soalan 267:
Adakah sahih hadis tentang keluarnya as-Sufyani sebagai tanda kiamat? Begitu juga, adakah sahih hadis-hadis tentang munculnya Panji-panji Hitam?

Hadis mengenai as-Sufyani yang dikeluarkan oleh al-Hakim di dalam Mustadraknya itu, dikatakan hadis yang sahih isnadnya tetapi al-Hakim rahimahullah lebih mengetahui akan sebab-sebab (beliau mengatakannya sebagai) tashih, maka Allahlah yang Maha Mengetahui.

Adapun mengenai Panji-panji Hitam itu, tidak didapati (sumbernya di dalam hadis-hadis sahih).

Demikianlah terjemahan fatwa di dalam kitab Fatawal ‘Aqidah itu. Penulis tidak berhajat membuat sebarang ulasan, terpulanglah kepada pendapat dan pemahaman pembaca sendiri.



Reshare : Hikmah






Fatwa Oleh Rabitah Al-Alam Al-Islami




Ramai orang berkata, puak Wahabi tidak mempercayai hadis-hadis berkenaan Imam Mahdi. Sebenarnya pandangan itu ada yang tepat dan ada yang tidak berapa tepat. Sebenarnya ada banyak pendapat dan fatwa dalam mazhab Wahabi sendiri mengenai Imam Mahdi ini. Antara satu pendapat dengan pendapat yang lain, terdapat perbedaan yang cukup luas, sama saja seperti dalam mazhab Ahlus Sunnah. Antara pendapat mereka itu ialah:
  1. Ada segolongan yang meyakini kemunculan Imam Mahdi pada akhir zaman. Namun, golongan ini adalah minoriti. Akhirnya suara mereka tenggelam oleh suara puak Wahabi yang lebih ramai.
  2. Ada segolongan puak Wahabi yang bersikap tidak peduli mengenai Imam Mahdi ini. Mereka tidak begitu percaya, tetapi pada masa yang sama tidak pula menafikan terus.
  3. Ada segolongan yang hanya menafikan hadis-hadisnya sahaja tetapi mempercayai kemunculan Imam Mahdi. Alasannya hadis-hadis itu terlalu dhaif dan sebagian besarnya adalah hadis maudhuk.
  4. Sebagian besarnya menafikan terus kepercayaan Imam Mahdi ini dan menolak terus hadis-hadis berkenaan Imam Mahdi. Pada mereka, Imam Mahdi tidak ada, karena tidak pernah disuruh oleh Nabi SAW untuk mempercayainya. Inilah golongan majoriti dalam puak Wahabi, dan suara merekalah yang lebih tertonjol.
  5. Sebagian lagi hanya mempercayai sebagian hadis sahaja mengenai Imam Mahdi dan menolak terus sebagian hadis lagi. Hadis-hadis yang mereka tolak adalah hadis-hadis yang terlalu dhaif, kelihatan zahirnya amat bertentangan antara satu dengan lain atau yang sememangnya maudhuk. Keyakinan mereka kepada Imam Mahdi adalah hampir sama dengan kepercayaan umum dalam Ahlus Sunnah wal Jamaah. Pendapat mereka ini memang berdasarkan ilmu, bukan semata-mata emosi.
  6. Mempercayai kemunculan Imam Mahdi tetapi menafikan pula kemunculan Panji-panji Hitam. Golongan ulama Wahabi adalah golongan yang berpegang kepada kaedah ini. Hampir seluruh pengikut Wahabi berpegang kepada kaedah ini, karena pegangan demikianlah yang diajarkan oleh ulama Wahabi seperti dalam kitab besar mereka, Fatawal Aqidah. Bagi mereka, kemunculan Imam Mahdi tidak ada kait-mengait langsung dengan Panji-panji Hitam.
Fatwa yang lebih meyakinkan mengenai isu ini telah dikeluarkan di Makkah oleh Rabitah al-‘Alam al-Islami (Muslim World League) pada 11 Oktober, 1976 (bersamaan 23 Syawal, 1396). Fatwa ini menyatakan bahwa terdapat lebih daripada dua puluh orang Sahabat RA yang meriwayatkan hadis-hadis berkenaan Imam Mahdi, menyenaraikan nama ulama hadis yang menyampaikan riwayat ini kepada kita, di samping nama-nama ulama yang telah menulis kitab mengenai Imam Mahdi. Fatwa Rabitah itu berbunyi begini:
"The memorises (Hafiz) and scholars of Hadith have verified that there are authentic (sahih) and acceptable (hasan) reports among the traditions related to al- Mahdi. The majority of these traditions are related through numerous authorities (Mutawatir). There is no doubt that the status of those reports are Sahih and Mutawatir. (They have also verified) that the belief in Mahdi is obligatory, and that it is one of the beliefs of Ahl al-Sunnah wal Jama'a. Only those ignorant of the Sunnah and innovators in doctrine deny it."
Terjemahannya secara bebas kira-kira begini:
Para hafiz dan ulama-ulama hadis telah mengesahkan riwayat daripada hadis-hadis berkenaan al-Mahdi adalah sahih dan hasan. Kebanyakan hadis ini adalah berbentuk mutawatir. Tidak ada keraguan lagi bahwa taraf riwayat ini adalah sahih lagi mutawatir. (Mereka juga menyatakan) bahwa kepercayaan kepada al-Mahdi adalah sah dan mempercayainya adalah salah satu kepercayaan Ahlus Sunnah wal Jamaah. Hanya orang yang jahil tentang hadis-hadis dan pencipta bidaah sahaja yang akan menafikannya.”
Untuk mendapatkan teks penuh fatwa berkenaan dan garis panduan menyusun fatwa itu, bolehlah melihatnya dalam buku Al-Bayan Fi Akhbar Sohibuz Zaman, oleh Kanji as-Syafie, cetakan Beirut, tahun 1979 di bagian Pengenalan, muka surat 76-79 dan pada bagian Lampiran. Buku tersebut berbahasa Arab.

Sahabat Nabi SAW yang Meriwayatkan Hadis Mengenai Mahdi




Berdasarkan hadis-hadis yang telah diriwayatkan, terdapat empat puluh empat nama para sahabat RA yang pernah menyampaikan kepada kita hadis-hadis mengenai Imam Mahdi, seperti yang mereka pernah dengar daripada Nabi SAW sendiri. Sebagian mereka adalah merupakan sahabat utama Baginda SAW, yaitu orang-orang yang sudah mendapat jaminan syurga daripada Rasulullah SAW. Ada yang meriwayatkan sebuah hadis dan ramai pula yang meriwayatkan beberapa buah hadis mengenai Imam Mahdi daripada Rasulullah SAW.

Ada yang meriwayatkan sebuah hadis daripada Rasulullah SAW mengenai Imam Mahdi, ada yang banyak, dan selain dari itu, ada yang bercerita mengenai Imam Mahdi berdasarkan kasyaf yang mereka terima daripada sisi Allah. Kasyaf ini jelas dapat dilihat jika kita rajin meneliti dan menghalusi kata-kata para sahabat RA ini, tanpa terburu-buru menolaknya. Perkabaran ini adalah sokongan atau tambahan daripada apa yang telah diberitakan oleh Rasulullah SAW kepada mereka sebelumnya. Hal ini tidak sekali-kali boleh dikatakan bahwa mereka itu seperti memandai-mandai atau berlebih-lebih dalam penerangan mereka. Hal ini dikarenakan mereka memang mendapat ilmu seperti yang demikian itu lalu mereka sampaikan pula kepada generasi tabiin, dan seterusnya sampai kepada kita hari ini.

Jumlah mereka yang seramai ini, memang jika dilihat dari segi rawi dan syarat untuk menjadi mutawatir, memang sudah lebih daripada mencukupi untuk kita mengisytiharkannya sebagai mutawatir mutlak. Hanya mengenangkan soal ini adalah soal furuk dalam ilmu tauhid, maka tidaklah dirasakan perlu berbuat demikian. Namun jika ada pihak yang mau berbuat demikian, dipersilakanlah. Berikut adalah sahabat RA yang namanya dimasukkan sebagai periwayat hadis mengenai Imam Mahdi:
  1. Sayidatina Aisyah, Ummul Mukminin RA.
  2. Sayidatina Ummu Salamah, Ummul Mukminin RA.
  3. Sayidatina Maimunah, Ummul Mukminin RA.
  4. Sayidatina Ummu Habibah RA, Ummul Mukminin RA.
  5. Sayidina Ali bin Abi Talib KMW.
  6. Sayidina Ali al-Hilali RA.
  7. Sayidina Abdullah ibnul Abbas RA.
  8. Sayidina Abdullah ibnu Umar RA.
  9. Sayidina Abdullah ibnu Mas’ud RA.
  10. Sayidina Abdullah bin Amru bin al-As RA.
  11. Sayidina Abdullah bin Busri RA.
  12. Sayidina Abdullah bin Al-Haris RA.
  13. Sayidina Abdul Rahman bin Auf RA.
  14. Sayidina Al-Abbas bin Abdul Muttalib RA.
  15. Sayidina Amru bin Al-As RA.
  16. Sayidina Amru bin Murrah al-Juhani RA.
  17. Sayidina Amru bin Taghlib RA.
  18. Sayidina Ammar bin Yasir RA.
  19. Sayidina Abi at-Tufail RA.
  20. Sayidina Abu Said al-Khudri RA.
  21. Sayidina Abu Hurairah RA.
  22. Sayidina Abu Ayub al-Ansari RA.
  23. Sayidina Abu Umamah al-Bahili RA.
  24. Sayidina Anas bin Malik RA.
  25. Sayidina Auf bin Malik RA.
  26. Sayidina Buraidah RA.
  27. Sayidina Husain bin Ali bin Abi Talib RA.
  28. Sayidina Huzaifah bin Al-Yaman RA.
  29. Sayidina Imran bin Husain RA.
  30. Sayidina Jabir bin Abdullah RA.
  31. Sayidina Jabir bin Samurah RA.
  32. Sayidina Jabir bin Majid as-Sadafi RA.
  33. Sayidina Jubair bin Nufair RA.
  34. Sayidina Kirrah al-Muzani RA.
  35. Sayidina Mustaurid al-Qurasyi RA.
  36. Sayidina Muaz bin Jabal RA.
  37. Sayidina Nafik bin Uqbah bin Abi Waqqas RA.
  38. Sayidina Osman bin Affan RA.
  39. Sayidina Qais bin Jabir RA.
  40. Sayidina Salman Al-Farisi RA.
  41. Sayidina Sauban RA.
  42. Sayidina Talhah bin Ubaidillah RA.
  43. Sayidina Tamim ad-Dari RA.
  44. Sayidina Zubair bin Al-Awwam RA.
Riwayat mengenai Imam Mahdi turut disebut oleh lima orang tabiin melalui hadis-hadis mursal. Mereka yang berlima itu adalah;
  1. Said bin Al-Musayyab RH.
  2. Imam Al-Hasan Al-Basri RH.
  3. Qatadah RH.
  4. Syahar bin Haushab RH.
  5. Mumar RH.
Seluruh nama sahabat RA yang meriwayatkan hadis mengenai Imam Mahdi ini dikumpulkan daripada hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Imam as-Suyuti RH, Imam Ibnu Hajar al-Haitami RH, Imam Abu Nuaim RH dan Grand Muhaddith Syeikh Abdullah bin Sadek, Ph.D. Oleh karena mereka semuanya adalah ahli hadis yang pakar-pakar pada zaman masing-masing serta diakui pula oleh seluruh umat Islam akan kealiman mereka, maka hadis-hadis yang mereka riwayatkan dan nama-nama sahabat RA yang dibawakan itu kita terima, kita susun dan disenaraikan.

Maka hasilnya adalah seperti yang telah disenaraikan di atas. Jika para pembaca maukan lebih keyakinan, dan jika masa mengizinkan, eloklah membuat rujukan dan semakan semula kepada kitab-kitab yang dikarang oleh keempat-empat orang ulama yang penulis jadikan sandaran rujukan itu. Hal ini adalah baik juga sebagai suatu usaha untuk memantapkan lagi ilmu kita yang sebenarnya masih amat cetek ini.



Reshare : Hikmah

Nama-nama Ulama Kenamaan dan Kitab Karangan Mereka Mengenai Imam Mahdi




Sejak zaman awal Islam lagi, telah ramai ulama muktabar yang berusaha menerangkan kepada umat Islam seluruhnya mengenai pribadi Imam Mahdi. Kitab-kitab karangan mereka dapat dibaca hingga ke hari ini oleh seluruh umat Islam. Di sini dinyatakan beberapa orang ulama kenamaan itu dan kitab-kitab termasyhur mereka yang ada di dalamnya kisah-kisah mengenai Imam Mahdi. Semoga dengan ini dapatlah kita mengambil iktibar, ilmu dan manfaat daripadanya.
  1. Sahih al-Bukhari, Kitab Bad’ ul-Khalq wa Nuzul Isa, Jilid 4.
  2. Imam Muslim, Sahih Muslim, Jilid 1, Jilid 2, Bab Nuzul Isa, Bab 18.
  3. Imam Abu Daud, Sunan Abu Daud, Jilid 2, Jilid 3 & Jilid 5.
  4. Imam at-Tarmizi, Sahih at-Tarmizi, Jilid 2, Jilid 9.
  5. Imam Ibnu Majah, Sunan Ibnu Majah, Jilid 2.  
  6. Imam Ahmad bin Hanbal, Musnad Imam Ahmad, Jilid 1 & Jilid 3.  
  7. Imam an-Nasaie, Sunan an-Nasaie.
  8. Imam Al-Hakim, Mustadrak as-Sahihain, Jilid 4.
  9. Imam Ibnu Hajar al-Haitami, As-Sawa’iqul Muhriqah.
  10. Imam Ibnu Hajar al-Haitami, Al-Qaulul Mukhtasar fi Alamatil Mahdiyul Muntazar.
  11. Imam Ibnu Tawus, Kitabul Malahim wal Fitan.  
  12. Imam at-Tabrani, Al-Majma’.  
  13. Imam Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Bari, Jilid 7.
  14. Imam Ibnu Hajar al-Asqalani, Tahzibus Sabit, Jilid 9.
  15. Imam Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Bari, Jilid 7.
  16. Imam Ibnu Hajar al-Asqalani, Nuzhatun Nazar.  
  17. Imam Ibnu Hajar al-Asqalani, Lisanul Mizan, Jilid 1.  
  18. Ibnu Sabbagh al-Maliki, Al-Fusulul Muhimmah, Jilid 12.
  19. Imam Mahyuddin Ibnu Arabi al-Hatimi, Al-Futuhatul Makkiyah.
  20. Fathul Muhimmah (edisi kedua).  
  21. Futuhatul Islamiyah, (edisi Makkah) Jilid 2.  
  22. Imam As-Suyuti, Kitab Al-Hawi Lil Fatawa, Jilid 2.  
  23. Imam As-Suyuti, Al-Urful Wardi.
  24. Imam As-Suyuti, Alamat Qiyamat.
  25. Imam As-Suyuti, Al-Jami’us Saghir.
  26. Imam As-Syakrani, Tanbihul Mughtarrin.
  27. Ibnu Asir, Kamilut Tawarikh, Jilid 1.  
  28. Al-Yaaqubi, Tarikh, Jilid 3.  
  29. Imam Syamsuddin Abu Abdillah al-Ansari Al-QurtubiAt-Tazkirah Fi Ahwalul Mauta wa Ahwalul Akhirah.
  30. Imam Al-Baihaqi, Sunanul Kubra.
  31. Ibnu Asakir, Tarikh, Jilid 4.  
  32. Imam at-Tabari, Tarikhul Umam Wal Muluk (Tarikh at-Tabari), Jilid 7.  
  33. Imam Ibnu Kasir, Alamat Yaumul Qiyamah.
  34. Imam As-Sakhawi, Fathul Mughith, Jilid 3.
  35. Imam Az-Zurqani, Syarhul Mawahibul Ladunniyyah, Jilid 5.
  36. Imam Ali bin Abu Bakar al-Haitami, Majma’ul Zawaid (ed. Kaherah), Jilid 7.
  37. Said Muhammad Hasan, Al-Mahdiyah fil Islam (Kaherah, 1373H).
  38. Kanzul Ummal, Jilid 7.
  39. Al-Hafiz Abu Nuaim, Aqdud Durar Fi Akhbaril Mahdiyul Muntazar, Jilid 12, Bab 1.
  40. Kanji As-Syafie, Al-Bayan fi Akhbar Sahibuz Zaman, Bab 12.  
  41. Ubaidallah Hindi Hanafi, Arjahul Matalib.
  42. Imam Abu Bakar al-Iskafi, Fawa’idul Akhbar.
  43. Imam Abu Bakar al-Iskafi, ‘Aqdud Durar fi Akhbaril Muntazar.
  44. Muhammad Taisir Zibyan, Ahlul Kahfi.
  45. Abul Fadhal Abdullah bin as-Siddiq al-Husaini al-Idrisi al-Maliki, Ph.D., Al-Mahdiyul Muntazar.
  46. Syeikh Osman Jalaluddin, Ad-Durratun Nafi’ah fi Isyaratus Sa’ah, Bagian 1 & 2.  
  47. Pehin Datu Seri Maharaja Dato’ Seri Utama Sahibul Fadhilah Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz, Ringkasan Akidah Ahli Sunnah wal Jemaah.
  48. Yusuf bin Yahya bin Ali bin Abdul Aziz al-Maqdisi asy-Syafie as-Sullami, Aqdud Durar fi Akhbaril Muntazar.
  49. Mustaffa Suhaimi, Al Mahdi Nama Yang Paling Dipertikai dan Sering Dieksploit Sepanjang Sejarah Umat Islam.
  50. Ustaz Haji Ashaari Muhammad, Siapa Mujaddid Kurun Kelima Belas?
  51. Ustaz Haji Ashaari Muhammad, Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam, Sekali gus Menjawab Tuduhan.
  52. Ustaz Haji Ashaari Muhammad, Berhati-hati Membuat Tuduhan.
  53. HM Thalib Lubis, Imam Mahadi.
  54. Muhammad Labib Ahmad, Siapa Imam Mahadi?
  55. Ibnu Khaldun, al-Muqaddimah (edisi Kaherah).
  56. Ahmad Thompson, Dajjal, The King Who Has No Clothes.
  57. Muhammad As-Saban, As’afur Raghibin.
  58. Shablanji, Nurul Absar.
  59. Allamah Ahmad bin Muhammad bin Siddiq al-Ghumari al-Husni, Abrazul Waham al-Maknun.
  60. Imam Nuaim bin Hammad, Al-Fitan.
  61. Ahmad bin Jaafar bin Al-Munadi, Kitabul Malahim.
  62. Hamud bin Abdullah at-Tuwaijiri, Al-Ihtijaj bil Asar ‘Ala Man Ankaral Mahdiyul Muntazar.
  63. BAHEIS, JPM Malaysia, Mastika Hadis (Jilid 1).
Selain dari yang disebutkan di atas, terdapat banyak lagi buku dan kitab yang boleh ditemui dengan mudah yang menceritakan mengenai Imam Mahdi, sama ada secara khusus maupun secara tidak langsung yaitu sebagian daripada isi buku mereka. Senarai yang diberikan di atas adalah antara kitab yang mudah dan banyak didapati di pasaran hari ini. Sebagian besarnya adalah kitab yang sudah sangat masyhur di kalangan kita, umat Islam yang Ahlus Sunnah wal Jamaah. Yang lain-lain itu, maka carilah sendiri.